Saturday, October 31, 2009

Tips : Urusan Cukai Import di Kastam Malaysia

NOTA KEPALA:

ADALAH DIINGATKAN, ENTRI INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN BUKAN PENGETAHUAN SECARA KESELURUHANNYA. OLEH ITU, PEMBACA PERLU MEMAHAMI BAHAWA PENULIS TIDAK BERPENGETAHUAN LEBIH DARIPADA APA YANG DITULISKAN. 

SEBARANG PERTANYAAN TENTANG URUSAN KASTAM BOLEH DIBUAT DI PEJABAT KASTAM SENDIRI ATAU MENELEFON TALIAN KASTAM. PENULIS TIDAK DAPAT MELAYAN SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN KASTAM SAMA ADA MELALUI EMAIL ATAU KOMEN DI BAWAH ENTRI.

TERIMA KASIH.


Sekiranya anda membuat pembelian daripada luar negara, setiap pakej atau bungkusan yang dikirim akan melalui proses pemeriksaan kastam Malaysia terlebih dahulu. Terdapat beratus-ratus pakej yang perlu melalui kastam setiap hari. Sekiranya pakej anda diberikan tanda *gift* dan nilai yang tertulis di Custom Declaration Despatch Note hanya suatu nilai yang kecil, mungkin pakej anda akan mendapat pelepasan kastam dan pakej anda itu akan dihantar terus ke alamat anda pada keesokan hari menggunakan Poslaju.


Namun, bukan semua pakej yang bertanda *gift* akan mendapat pelepasan kastam. Pakej2 yang bernilai tinggi (mungkin USD40 ke atas), boleh juga ditahan, terpulang kepada pegawai kastam itu sendiri. Kira nasiblah kan? Pakej2 yang ditahan akan disimpan di Pusat Mel & Kurier Pos Malaysia, KLIA (berhampiran LCCT) sehingga urusan tax diselesaikan oleh pemilik. Pihak kastam akan mengirim surat tahanan kastam bagi pakej anda melalui posmen Poslaju (bukan posmen biasa), dan anda perlu menandatangan mel tersebut ketika penerimaan.

Dalam surat tahanan kastam yang dikirim itu, terdapat beberapa pilihan yang diberi kepada pemilik pakej.

1.    Membuat pelepasan cukai dengan hadir sendiri ke Pusat Mel & Kurier KLIA
2.    Melantik Pos Malaysia sebagai wakil atau agen pelepasan kastam (dengan membayar RM49.90 di Pos Malaysia semasa pengutipan barang). Tambahan extra sekiranya ingin pakej dihantar ke rumah.
3.    Mempunyai dokumen pelepasan kastam
4.    Melantik individu atau wakil lain untuk membuat pelepasan untuk pemilik, dengan menyertakan Mykad pemilik pakej.

Caj sebanyak 10% daripada jumlah harga barang dan kos penghantaran (shipping charge) akan dikenakan sebagai tax atau cukai pelepasan.

Saya pernah cuba mengambil jalan mudah dengan menghantar kembali surat yang saya terima, dengan menandakan no 2 (melantik Pos Malaysia sebagai agent) menerusi fax. Kononnya saya tidak perlu ke KLIA untuk membuat urusan tersebut. Selang beberapa hari, saya mendapat panggilan telefon daripada pihak kastam, dan mereka meminta saya membuat pelepasan kastam sendiri kerana pihak kastam telah membuka bungkusan tersebut. Di luar pakej harga yang tertulis ialah USD40.00, namun tag harga di barang yang saya beli terang-terangan menunjukkan harganya USD365.00. Oleh yang demikian, pihak kastam tidak menerima sekiranya saya melantik Pos Malaysia sebagai agent. Namun begitu, saya menjelaskan bahawa saya tidak membayar sebanyak yang tertulis di tag. Pihak kastam yang sangat baik itu telah meminta supaya saya membawa bersama bukti pembelian (resit) yang menunjukkan harga sebenar yang telah saya bayar.

Keesokan harinya, saya mewakilkan suami saya, telah pergi membuat pelepasan kastam. Oleh kerana bungkusan tersebut telah dibuka, ada beberapa urusan yang perlu dilakukan. Perlu isi borang yang dibeli dengan harga RM18 dan mengisi INBOIS PELEPASAN / PENGENDALIAN AGEN, kemudian pihak kastam perlu membuat pelarasan kembali tentang cukai yang dikenakan (yang sebelum ini telah disediakan oleh mereka mengikut harga di tag) mengikut harga resit asal yang dibawa pemilik (atau wakilnya). Jadi, saya perlu membayar hanya 10% daripada jumlah yang telah bayar kepada penjual/pengirim pakej, bukan mengikut harga tag + shipping charge.

Oleh itu, amatlah penting untuk ‘save’ resit yang anda terima selepas urusniaga dibuat kerana ia boleh digunakan semasa membuat pelepasan kastam.

Daripada apa yang saya tahu, barang2 yang dikenakan cukai akan mendapat pelepasan sekiranya nilai barang yang diimport kurang daripada RM500. Tetapi, semua ini tetap bergantung kepada budi bicara kastam. Ada juga barang yang ditahan tetapi masih belum dibuka pihak kastam. Semasa membuat pelepasan kastam, pemilik diminta membuka pakej yang diterima di hadapan mereka. Nasihat saya, turut saja dan patuh saja pada arahan, kerana mereka akan melayan anda dengan baik.

****Jangan lari daripada membayar cukai*****************

Semoga maklumat ini boleh menjadi panduan kepada anda.


It's All About Handbags.....


Friday, October 30, 2009

Kulit - let's talk about leather



Ada pelbagai jenis kulit yang dibuat handbags. Ada cowhide, lambskin, calfskin, pigskin (oh, no!), jenis full grain, nappa dan macam2. Tapi adakah anda tahu apa benda tu?

Aku sendiri tak berapa tahu, tapi selepas membuat sedikit 'homework', inilah yang aku dapat kongsikan bersama:

Calfskin: Calfskin ni ialah kulit yang diambil daripada lembu2 muda yang masih menyusu (oh, poor!). Oleh kerana kulit muda ini mempunyai kesempurnaan yang tinggi (kurang parut/bekas2 gigitan), ia sangat sesuai jika dibuat fullgrain leather. Apa tu? Fullgrain leather mempunyai corak natural kulit itu sendiri, tak perlu melalui 'sanding proses' (alahhh... kira mcm polish la tu, utk hilangkan corak 'grain pattern of the skin).
Ada pendapat mengatakan calfskin terlalu lembut untuk dibuat wallet atau bag. Namun, pada pendapat aku, durability of sesuatu produk bukan kerana ia dibuat menggunakan calfskin atau tak, tetapi pada workmanshipnya sendiri.

Lambskin: Lambskin pula ialah kulit yang diambil daripada anak kambing biri2 (young sheep). Lembut, agak mudah lentur dan tekstur halus bak sutera. Agak sukar untuk memproses sesuatu produk yang menggunakan lambskin, tidak seperti cowhide leather. Ia terlalu lembut, susah untuk mendapatkan sesuatu bentuk dengan menggunakan bahan ini. Namun, ia banyak digunakan dalam pembuatan 'fabric-like' product seperti jaket dan sarung tangan (glove). Lambskin sangat sukar dijaga. High maintenance. Mudah calar. Perlukan penjagaan extra rapi.

Cowhide: Cowhide ialah kulit yang diambil daripada lembu. Ianya kukuh, kasar dan tebal. Kedengaran macam tak berapa best kan? Namun cowhide adalah jenis kulit yang digunakan secara meluas dalam pembuatan produk kulit. Apabila diproses dan dirawat dengan teliti, ia akan menjadi bahan yang sangat bermutu, mempunyai nilai yang tinggi dan sangat tahan lama. Ia boleh juga dikatakan tahan calar dan sangat mudah menjaganya.


Pigskin: Oink! Oink! Pigskin atau kulit babi adalah alternative termurah bagi menggantikan cowhide. Sememangnya pigskin sangat murah dan biasa digunakan dalam pembuatan lining dalam kasut atau lining dalam handbags. Pigskin mempunyai pores (liang2 roma) yang jelas. Ada orang mempertikaikan tentang 'apa kisah dengan kulit babi atau lembu?'. Mestilah kisah.... Muslim tidak dibenarkan menyentuh babi sama sekali. Jadi amatlah disarankan agar saudara2 muslim di luar sana mengambil tahu tentang barang yang dibeli, sama ada untuk diri atau untuk orang lain. Sebagai saranan peribadi saya, bila beli handbag, walaupun dibuat daripada kulit lembu, pastikan anda meneliti bahan apa yang digunakan sebagai lining dalam beg. Jika ianya daripada bahan kulit yang seperti suede (velvety), jangan sentuh! Ia mungkin kulit babi. Kebanyakan handbags menggunakan lining kain sateen, ia selamat untuk digunakan. Namun begitu, 'taraf' pigskin nampaknya semakin naik apabila Gucci mula menggunakan pigskin dalam pembuatan produk kulitnya. Walaupun bahan murah, oleh kerana ia buatan Gucci, sudah tentu ia kelihatan sangat menarik (harga juga mahal). Jadi, berhati2 apabila membeli Gucci Leathergoods. Gambar menunjukkan jenama Marc Jacobs Jelly Jacquard yang aku hampir beli. Apabila mencari review yang pelbagai, rupa2nya ia menggunakan pigskin sebagai trimmings. Owhhhh!!!!!



Patent Leather: Patent leather ialah kulit yang dirawat dengan 'plastic coated' yang memberi hasil glossy. Ia kelihatan hampir sama dengan kulit tiruan yang bersifat glossy namun patent leather mempunyai suatu aroma yang agak wangi jika dibandingkan dengan kulit tiruan. Sangat mudah dibersihkan, hanya menggunakan kain lembab. Kesan calar yang sedikit juga boleh dihilangkan dengan bahan pembersihnya. Namun, lama kelamaan, kekilatannya juga boleh luntur dan menampakkan sifat sebenar leathernya iaitu agak rubbery. Gambar merupakan Marc Jacobs Croc of Q Lil Riz yang dibuat daripada PVC. Ia glossy sama seperti patent leather. Dan yang biru ni pula ialah Versace Croc Embossed Patent Handbag yang diperbuat daripada patent leather.




It's All About Handbags.....


The New Large Maggie from Coach




Coach Leatherware : Large Maggie Newest Collection.  Apa yang boleh aku huraikan di sini ialah ianya "besar dan stylish". Bukanlah kelihatan besarrrr sangat dari luar sampai kategori oversized tapi ia tetap besar, roomy, puas, cantik, bergaya, dan wow!!!!!!

Seperti biasa, leatherbags memang pilihan aku kali ni. jadi, Large Maggie Leather memang sangat2 aku sarankan kepada penggemar Coach. Warna plum menjadi pilihan aku. Dibuat daripada cowhide leather (sama seperti warna hitam, amber [oren2 kuning gitu] dan mahogany yang tak kurang cantik) manakala yang jade tu daripada crinkled patent leather tapi, warna hijau jade tu hanya available dalam size biasa.

Size: 13” straps with 8 1/2” drop , 15 (L) x 13 (H) x 4 (W)


Kalau mengikut bentuk rekaan Large Maggie ni, ianya kecil di atas, lebar di bawah. Kalau diikutkan, memang susah kalau nak cari barang dalam beg. Tapi nampaknya ke'genius'an pereka Maggie bukan setakat genious dari segi rekaan, namun beliau masih memikirkan ciri2 practicality. Kalau dilihat pada bukaan zip bahagian tengah, zipnya panjang hingga ke tepi bag, yang membolehkan pemilik bag mencari atau mengisi barang ke dalam bag dengan mudah. Terdapat 2 bahagian tambahan di depan dan belakang bag yang menggunakan butang snap, yang praktikal untuk digunakan semasa keadaan kelam kabut atau masa2 nak cepat. Pendek kata, this bag is really stunning! Sesuai untuk ke pejabat mahupun berjalan2 waktu santai.

Price: RM 2,125.00 di Butik Coach.



More reviews about this bag? Click here

It's All About Handbags.....



Tips membeli beg melalui internet - international transaction

Anda teragak-agak untuk membeli beg dari retailer dari luar negara secara online? Apa lagi beg2 branded seperti Chanel, Prada, Louis Vuitton dan Versace, terlalu banyak 'replica' atau 'imitate' atau '100% authentic quality' di pasaran. Di sini saya ingin berkongsi tips (melalui pengalaman sendiri) yang mungkin tak banyak, tapi boleh dijadikan panduan.

  • Pertama sekali yang biasa saya lihat ialah lokasi penjual. Kalau Hong Kong, China.... cepat2 lari!!!!!!! Kedua2 lokasi ini merupakan syurga beg tiruan..... mereka tak peduli kalau mereka tipu dan meyakinkan pembeli bahawa beg mereka 100% authentic atau ori, sebab, bila pembeli dah bayar, biasanya pembeli malas nak return barang, mintak refund, sebab shipping cost ditanggung oleh pemulang barang. Buatnya penjual tak memulangkan wang balik? Bag dah return..... rugi dua kali....
    • Jangan cari beg ori di ALIBABA.com, IOFFER.... bahaya!




    • EBAY boleh dipercayai, namun lihat juga lokasi penjual. Kadang2 penjual di USA juga menipu. Lihat lelongan yang dibuat. Kalau lelongan beg Chanel hanya untuk 3 hari, mungkin juga ia tiruan sebab penjual nak cepat2 jual beg tu, tak kira apa harga sekali pun. Jangan teragak2 untuk bertanya soalan tentang beg. Saya pernah dimaki oleh retailer di ebay yang menjual Ed Hardy kerana saya meminta beliau meyakinkan saya bahawa barang yang saya beli adalah authentic. Namun, setelah memberi penjelasan secara baik, beliau telah melayan soalan2 saya dengan baik juga.


    • Kadang-kadang lokasi penjual tidak dinyatakan di website. Lihat 'shipping term'nya..... jenis pos apa yang mereka gunakan? Sekiranya penjual daripada USA, mereka menggunakan UPS atau USPS. Kalau daripada China, mereka guna EMS. Barang2 daripada USA memakan masa antara 9 ke 14 hari untuk tiba ke Malaysia, manakala daripada China paling awal boleh sampai 5 hari saja. 
    •  
      • Sekiranya anda punyai budget untuk membeli bag mahal... elakkan membeli beg seperti Chanel dan Louis Vuitton melalui internet. Takut menyesal. Terlalu banyak tiruan. Betsey Johnson, Kate Spade, Cole Haan, Ed Hardy, Michael Kors juga tak kurang hebatnya. Label2 ini jarang2 saya jumpa yang tiruan. Label2 ini juga ada class mereka yang tersendiri!


        Selamat bershopping......



        It's All About Handbags.....


        Thursday, October 29, 2009

        Coach Purses

        Coach.
        Sebelum ni, aku sangat tak berminat dengan Coach. Setiap kali terima newsletter dari Coach.com, aku tak pernah tengok pun.... Kenapa? Sebab aku dah muak dengan ramai orang yang aku jumpa, menyandang beg canvas Coach dengan print "C" besar2 seluruh bag, yang mana aku sendiri tak pasti mana satu ORI, mana satu TIRUAN.

        Di ebay, berlambak2 beg Coach yang designnya tak menepati citarasa aku, yang pada aku macam kain lap kaki aje materialnya. Tapi apa yang kecoh sangat sampai semua orang nak beli Coach, tak kiralah ORI atau TIRUAN? Yang itu masih menjadi tanda tanya.....
        Bulan lepas, semasa jalan-jalan dengan family ke Pavilion KL untuk survey hadiah harijadi yang bakal aku mintak daripada suami, aku sempat masuk butik Coach. Sebelum tu, aku masuk Marc Jacobs, Juicy Couture, bebe, Hugo Boss dan beberapa butik untuk cucimata. Tak ada satu pun yang buat aku tertarik kecuali bag bebe Chelsea Pocketbook Tote yang berharga RM899 tu. Tapi, bila aku masuk aje butik Coach, wahhhhh terang benderang biji mata, mungkin kerana lighting yang baik dalam butik tu, susun atur bag, dan bag2 nya sendiri! Ternyata Coach sekarang dah banyak pilihan yang sesuai dengan citarasa aku. Colorful!

        Coach New Maggie Op Art Chainlink Shoulder bag

        Beg ni yang pertama mencuri pandangan. Ceria dan yang bestnya banyak compartments. Harga? RM1,950.00 . namun, bila ditanya pada suami, katanya, "Kalau beg ribu-ribu, lebih baik cari yang leather. Tahan lama dan tak outdated". Betullah tu. Dan aku telah 'simpan' bag mana menjadi pilihan untuk hadiah harijadi. Tentunya daripada Coach.
        Size: 10 1/2” straps with 3 1/2” drop, 13 (L) x 12 (H) x 4 (W)

        Selain daripada jenis kain sateen macam ni, Coach Maggie juga ada pilihan dari material kulit, yang memanglah jadi pilihan aku. Boleh layari COACH OFFICIAL WEBSITE  untuk pelbagai lagi beg-beg New Arrival daripada Coach seperti Poppy, Madison, Tribeca dan Hailey.




        Nak save budget? Memang membeli Coach di butik sangat mahal.... check di sini authentic coach at low price




        It's All About Handbags.....



        Tips penjagaan beg kulit


         Aku suka beg kulit. Biasanya beg kulit yang diperbuat daripada kulit lembu menjadi pilihan. Lagipun, beg kulit tahan lama, tak mudah kotor, boleh dilap dan ada bahan untuk merawatnya. Tak seperti beg kain/canvas/sateen yang senang nampak kotor (terutamanya warna cerah), dan susah nak menghilangkan kesan stain/kotoran.
        Gambar: Betsey Johnson Tea Party

        Dust and Surface Dirt:  Simply wipe the bag with a soft cloth, slightly damp.  Don't wash it with water or any other chemical;  just gently wipe it off.

        Spills:  If you do spill something on the bag, wipe up any excess liquid immediately with a clean cloth or sponge.  If needed, wipe down the bag with clean lukewarm water and let the leather air dry.

        Spots and Stains:  If you are unfortunate enough to get a stain on your leather handbag, CLEAR saddle soap may remove some the the deeper dirt, but be aware that it may temporarily darken the leather.  You should use this as a last resort only.



        Pencil, Ink Marks, Grease or Oil:  Gently use an eraser for slight pencil marks.  Ink marks, grease and oil are NOT removeable;  leave these alone.

        Heat, Sunlight:  It is best to keep any leather out of direct heat and sunlight because prolonged exposure may dry out the leather and make it stiff and cause it to change color. Don't store leather in a plastic garment bag! It can't breathe. Opt for a cloth cover instead.

        Gambar: Betsey Johnson Snake Charmer Medium Tote

        Rain:  If your leather bag gets wet from the outdoor rain, it is best to quickly wipe off any water with a dry cloth and let the leather air dry.



        Caring for a suede leather handbag:

        • Brush the suede with a soft suede brush every 3 to 4 months to remove dirt and renew the suede’s nap.  A brush like this is available at most shoe repair shops or online.
        • Do not get water, food or oily substances on your bag!  If it should get wet, your only option is to let it dry naturally.  If you have an oil or grease spot on the suede bag, you can try to apply talcum powder liberally to the affected area.  Allow it to set for 24 hours and then softly brush it away. 
        Gambar: Juicy Couture Fluffy in Plaid

         Above all, just be careful. Handbags anda seumpama suatu ciptaan seni, ia perlu dipelihara dan dijaga seperti suatu pelaburan yang baik. The rich and beauty of your bags will be there for years to come asalkan ia dijaga dan dirawat sewajarnya.



        It's All About Handbags.....




        Betsey Johnson Prisoner of Love Hobo

        Betsey Johnson Prisoner of  Love Large Hobo Bag USD295



        Another version from Prisoner of Love, by Betsey Johnson.
        The difference is only that it is a hobo style bag.
        Made of soft  BLACK textured lambskin leather and accented with gold chains
        Trendy front flap with magnetic snap front close
        Gold chain /leather peace heart mirror attached
        Leather tassel at side
        gold zipper top close and  all around for easy expansion
        main compartment with satiny printed lace design interior and leather trim zip pocket and cell pockets

        Black leather strap w/ 8" shoulder drop Betsey Johnson Gold Signature emblem on front flap
        the perfect size to hold it all....measures 14" W x 12" H x 5"D....can even expand with the zippers


        Buy Betsey Johnson Prisoner of Love Hobo at RM700.00 only



        It's All About Handbags.....



        Betsey Johnson Sweet & Tart Hobo





        A richly hued plaid and oversized bow accent liven up this slouchy hobo from Betsey Johnson -- a preppy addition to white tanks and distressed denim. Double shoulder straps, patent trim, gold-tone hardware. Top bridge snap closures with interior zip and cell phone pockets. Lined.
        • Cotton
        • Imported
        • 14"W x 13.5"H x 5"D
        • 9" drop
        Kali pertama aku melihat beg ni..... "Eiii buruknye beg ni!" Hahahahahaha. Macam kain sarong pun ada. Tapi oleh kerana ianya daripada designer Betsey Johnson, dan sesungguhnya ia keluaran musim luruh, di mana rata2 semuanya plaid, kiranya Betsey Johnson memang ada citarasa untuk setiap rekaannya, dan semestinya, beliau memang ikut trend!


        Betsey Johnson Sweet & Tart Hobo juga ada versi yang lain. Ianya versi leather warna hitam. Yang ni, pada aku sangat menarik. Mungkin juga kerana aku tertarik dengan kemewahan leathernya, yang menggunakan kulit lembu sepenuhnya. Tak perlu tunggu musim berganti, beg leather seperti ini boleh digunakan pada bila-bila masa.

         
         
         
         

        Beg ini senang dibuka. Bukaan yang luas, tak perlu meraba2 ke dalam beg untuk mencari tisu atau pen yang bertabur di dalam beg. Ianya cukup roomy untuk mengisi pelbagai barang peribadi. Lining daripada jenis satin bercorak lace warna merah jambu, sangat catchy walaupun ia hanya 'duduk di dalam'.




        It's All About Handbags.....

        Betsey Johnson Prisoner of Love Tote Bag



        Betsey Johnson 'Prisoner of Love' Tote

        This tough tote is crafted from teal, gathered leather and features goldtone chain and zipper details, with leather fringe pulls. The studded leather top handles on this Betsey Johnson handbag open to a silver print-lined interior with zip and open pockets. Dimensions: 15"L x 7"W x 13"H; 8" drop handle.

        Made of soft  textured lambskin leather & accented with  gold chains
        Trendy front flap with magnetic snap front close
        Gold chain /leather peace heart mirror attached
        Leather tassel at side
        gold zippers all around for easy expansion

         
        Main compartment with satiny printed lace design interori & leather trim zip pocket & cell pockets




        PRICE: USD365.00 (RM1,387.00)



        Semuanya kulit lembu... ada tag kat dalam bag. Perinciannya menarik, chain yang dikait dengan kulit lembu. I love the pink/blush color, dengan gold chain yang dikait dgn kulit lembu dan label "Betsey Johnson" di bahagian hadapan beg juga menggunakan metal warna emas.

        Yang tak bagusnya, Betsey Johnson tiada dijual di Malaysia. Belum masuk pasaran tempatan. Agak2nya kalau dijual di Malaysia, berapa agaknya harga Malaysia? Mungkin RM3,000.00 ke atas.... maklumlah, tax Malaysia agak tinggi.... namun anda boleh dapatkannya melalui:


        Boleh beli Tote bag ini dengan harga hanya RM720.00 di sini





        It's All About Handbags.....






        bebe Chelsea Pocketbook Quilted Patent Black Tote Bag

        Kali pertama aku melangkah kaki ke butik bebe di Pavilion, Kuala Lumpur, aku tertarik dengan satu tote bag warna hitam, jenis quilted. Chelsea Pocketbook Quilted Tote. Cantik!!!! Memanglah butik bebe tak menyediakan pilihan beg yang pelbagai macam butik2 yang lain tapi tote bag yang satu ni sangat mencuri perhatian. Ia dibuat dari kulit tiruan (faux leather) jenis patent (berkilat), berharga RM 899.00.

        Walaupun ikut selera, aku lebih sukakan leather, tapi kira ambil jalan selamatlah bila memilih beg dari kulit tiruan ni. Tak perlu risau tentang kulit b*** atau apapun yang mengerikan.

        Size: 14 x 16 inches approximately.
        Gunmetal chain straps for shoulder carry





        Mana nak beli? 

        BUTIK bebe, Pavilion KL atau beli dengan harga RM400.00 di sini


        It's All About Handbags.....



        About bebe



        bebĂ© (“bee bee”) (bibi kalau sebut in BAHASA MELAYU) stores (name is legally and officially uncapitalized)[2] is an American clothing retailer founded in 1976. Iranian-born Manny Mashouf, who emigrated to the United States in the early 1970s, opened the first bebe store in San Francisco during a time when three categories dominated the women's wear market: junior, bridge and missy. Having discovered a demographic that was neither junior nor bridge, Manny aimed to break the mold by offering this under-represented population of stylish women distinctive and inspirational fashion bearing an unmistakable hint of sensuality. His concept stuck and bebe reaped early success.
        bebe designs, develops and produces a distinctive line of contemporary women's apparel and accessories, which it markets under the bebe, bebeSPORT, and 2b bebe brand names.
        bebe stores, inc. currently operates 312 stores, of which 215 are bebe stores, 32 are 2b bebe stores, 64 are bebeSPORT stores (this includes bebe/bebeSPORT 2-in-1 stores) and 1 is a bebe accessories store. These stores are located in the United States, the District of Columbia, Puerto Rico, the U.S. Virgin Islands and Canada. bebe also has an international division in Dubai, Egypt, Israel, Singapore, Indonesia, Malaysia, Mexico, Russia, Saudi Arabia, Thailand, Turkey, and UAE. In addition, there is an online store at www.bebe.com.
        Mashouf owns 54% of the company.[3]

        It's All About Handbags.....

        Who is Betsey Johnson?





        Betsey Johnson (born 10 August, 1942, Wethersfield, Connecticut) is a fashion designer best known for her feminine and whimsical designs. Many of her designs are considered "over the top" and embellished. She also is known for doing a cartwheel at the end of her fashion shows. She took many dance classes as a child and adolescent which inspired her love of costumes. After high school, Johnson studied at the Pratt Institute and then later graduated from Syracuse University where she was a member of the Alpha Xi Delta sorority.[1]
        In 1968, she married Velvet Underground's John Cale. They divorced in 1971. She had a daughter, Lulu, in 1975 who now works with her and a granddaughter Layla.
        Johnson's fashion career started when she entered and won the Mademoiselle Guest Editor Contest. Within a year she was the in-house designer for the Manhattan boutique Paraphernalia. Johnson became part of both the youthquake fashion movement and Andy Warhol's underground scene, along with The Velvet Underground, Edie Sedgwick and Lou Reed. In 1969, she opened a boutique called Betsey Bunki Nini on New York's Upper East Side. Edie Sedgwick was her house model and Johnson designed the clothing Sedgwick wore on her last film, Ciao! Manhattan.
        In the 1970s, Johnson took control of the fashion label "Alley Cat" which was popular with the rock 'n roll musicians of the day. In 1972 she won the Coty Award. In 1978, Johnson started her own fashion line and then opened up her first retail store in Soho. Today, there are over forty-five of her stores worldwide.
        In 2002, Johnson was inducted into the Fashion Walk of Fame. Her bronze plaque held one of her original sketches. Then, in 2003, she expanded her line for 2004 to include handbags, accessories, hats, and scarves.
        In 2008, Johnson was one of the contributors to Carrie Borzillo-Vrenna's book Cherry Bomb.[2][3]

        It's All About Handbags.....

        Search

        Loading...

        LinkWithin

        Related Posts with Thumbnails