ADALAH DIINGATKAN, ENTRI INI DITULIS BERDASARKAN PENGALAMAN BUKAN PENGETAHUAN SECARA KESELURUHANNYA. OLEH ITU, PEMBACA PERLU MEMAHAMI BAHAWA PENULIS TIDAK BERPENGETAHUAN LEBIH DARIPADA APA YANG DITULISKAN.
SEBARANG PERTANYAAN TENTANG URUSAN KASTAM BOLEH DIBUAT DI PEJABAT KASTAM SENDIRI ATAU MENELEFON TALIAN KASTAM. PENULIS TIDAK DAPAT MELAYAN SEBARANG PERTANYAAN BERKENAAN KASTAM SAMA ADA MELALUI EMAIL ATAU KOMEN DI BAWAH ENTRI.
TERIMA KASIH.
Sekiranya anda membuat pembelian daripada luar negara, setiap pakej atau bungkusan yang dikirim akan melalui proses pemeriksaan kastam Malaysia terlebih dahulu. Terdapat beratus-ratus pakej yang perlu melalui kastam setiap hari. Sekiranya pakej anda diberikan tanda *gift* dan nilai yang tertulis di Custom Declaration Despatch Note hanya suatu nilai yang kecil, mungkin pakej anda akan mendapat pelepasan kastam dan pakej anda itu akan dihantar terus ke alamat anda pada keesokan hari menggunakan Poslaju.
Namun, bukan semua pakej yang bertanda *gift* akan mendapat pelepasan kastam. Pakej2 yang bernilai tinggi (mungkin USD40 ke atas), boleh juga ditahan, terpulang kepada pegawai kastam itu sendiri. Kira nasiblah kan? Pakej2 yang ditahan akan disimpan di Pusat Mel & Kurier Pos Malaysia, KLIA (berhampiran LCCT) sehingga urusan tax diselesaikan oleh pemilik. Pihak kastam akan mengirim surat tahanan kastam bagi pakej anda melalui posmen Poslaju (bukan posmen biasa), dan anda perlu menandatangan mel tersebut ketika penerimaan.
Dalam surat tahanan kastam yang dikirim itu, terdapat beberapa pilihan yang diberi kepada pemilik pakej.
1. Membuat pelepasan cukai dengan hadir sendiri ke Pusat Mel & Kurier KLIA
2. Melantik Pos Malaysia sebagai wakil atau agen pelepasan kastam (dengan membayar RM49.90 di Pos Malaysia semasa pengutipan barang). Tambahan extra sekiranya ingin pakej dihantar ke rumah.
3. Mempunyai dokumen pelepasan kastam
4. Melantik individu atau wakil lain untuk membuat pelepasan untuk pemilik, dengan menyertakan Mykad pemilik pakej.
Caj sebanyak 10% daripada jumlah harga barang dan kos penghantaran (shipping charge) akan dikenakan sebagai tax atau cukai pelepasan.
Saya pernah cuba mengambil jalan mudah dengan menghantar kembali surat yang saya terima, dengan menandakan no 2 (melantik Pos Malaysia sebagai agent) menerusi fax. Kononnya saya tidak perlu ke KLIA untuk membuat urusan tersebut. Selang beberapa hari, saya mendapat panggilan telefon daripada pihak kastam, dan mereka meminta saya membuat pelepasan kastam sendiri kerana pihak kastam telah membuka bungkusan tersebut. Di luar pakej harga yang tertulis ialah USD40.00, namun tag harga di barang yang saya beli terang-terangan menunjukkan harganya USD365.00. Oleh yang demikian, pihak kastam tidak menerima sekiranya saya melantik Pos Malaysia sebagai agent. Namun begitu, saya menjelaskan bahawa saya tidak membayar sebanyak yang tertulis di tag. Pihak kastam yang sangat baik itu telah meminta supaya saya membawa bersama bukti pembelian (resit) yang menunjukkan harga sebenar yang telah saya bayar.
Keesokan harinya, saya mewakilkan suami saya, telah pergi membuat pelepasan kastam. Oleh kerana bungkusan tersebut telah dibuka, ada beberapa urusan yang perlu dilakukan. Perlu isi borang yang dibeli dengan harga RM18 dan mengisi INBOIS PELEPASAN / PENGENDALIAN AGEN, kemudian pihak kastam perlu membuat pelarasan kembali tentang cukai yang dikenakan (yang sebelum ini telah disediakan oleh mereka mengikut harga di tag) mengikut harga resit asal yang dibawa pemilik (atau wakilnya). Jadi, saya perlu membayar hanya 10% daripada jumlah yang telah bayar kepada penjual/pengirim pakej, bukan mengikut harga tag + shipping charge.
Oleh itu, amatlah penting untuk ‘save’ resit yang anda terima selepas urusniaga dibuat kerana ia boleh digunakan semasa membuat pelepasan kastam.
Daripada apa yang saya tahu, barang2 yang dikenakan cukai akan mendapat pelepasan sekiranya nilai barang yang diimport kurang daripada RM500. Tetapi, semua ini tetap bergantung kepada budi bicara kastam. Ada juga barang yang ditahan tetapi masih belum dibuka pihak kastam. Semasa membuat pelepasan kastam, pemilik diminta membuka pakej yang diterima di hadapan mereka. Nasihat saya, turut saja dan patuh saja pada arahan, kerana mereka akan melayan anda dengan baik.
****Jangan lari daripada membayar cukai*****************
Semoga maklumat ini boleh menjadi panduan kepada anda.
It's All About Handbags.....

Terima kasih tip ini sgt berguna bg 'newbie' mcm saya. ^^
ReplyDeleteSama-sama....
ReplyDeletepegawai2 kastam sangat sukakan beg Coach, oleh itu mereka sangat arif tentang pembungkusan/kotak handbag coach yang dikirim daripada USA. Walaupun pakej bertanda 'gift', pasti mereka dapat 'menghidu' isi di dalamnya. ;)
Salam...
ReplyDelete1st of all tq sebab bagi info yang sgt2 sy cari. 2ndly, saya keliru sedikit... tax akan dikenakan pada harga barangan sahaja ataupun barangan dan shipping cost. Harga barangan yang melebihi RM 5000 cukainya tetap sama 10% kan?
Maaf kalau soalan saya terlalu basic. Sebab sgt2 baru.
Thx!
W'salam... tax dikenakan ke atas jumlah harga barangan dan shipping. Namun kalau saya tak salah, lain kategori lain tax yang dikenakan. Saya tak berapa pasti. Anda boleh lawati laman web kastam untuk kepastian. Terima kasih kerana mengunjungi blog saya.
ReplyDeleteSalam....nak tnye ye...
ReplyDeleteseme bag kne cukai k?kulit/canvas/kain/pvc dln...
tq
Tak semua bag yang diimport akan dikenakan cukai. Sekiranya nilai beg rendah, akan mendapat pelepasan cukai kastam. Bergantung juga pada harganya.
ReplyDeleteTerima kasih krna mmbri maklumat penting utk sya.Kalau hrga brang - USD 105.00 (RM357.00)+ shipping cost USD 20.00 (RM68.00)total 125 USD(RM 422.00)boleh lepas tak pelepasan cukai..???
ReplyDeleteSebenarnya bergantung juga pada budi bicara pihak kastam dan nasib pengimport . Saya pernah dikenakan cukai ke atas handbag yang saya beli dari USA dgn harga RM400++, namun kebanyakan bag yang berharga kurang RM500 lepas dari cukai.
ReplyDeletehye babe, thanks for this great advice!! mmg i cr sgt2. jd mmg hanye 10% shj ke dikenakn utk handbag? btw, ape maksud u dgn resit from seller? i beli sume secara online, jd hanye lmpir kn invoice yg seller email ke? maaf kalo brtanye byk, sy terlalu br dgn semua ni.. tq so much!
ReplyDeleteHye..
ReplyDeletememang 10% sahaja. Sekiranya pembayaran dibuat menggunakan paypal, resit yang dikirim ke email daripada Paypal itulah yang perlu disimpan sebagai rujukan. Sekiranya pembayaran melalui credit card (direct charge), resit pembayaran yang diterima selepas pembayaran dibuat. namun begitu, tidak semua handbag dkenakan cukai, kebanyakan bag yang saya beli, adalah tax free.. :)
Hi Mayumi,
ReplyDeleteThanks for sharing your experience . I would like to find out whether if my friend help me to purchase the bag in his country and courier over to me which is in bulk purchase but the value does not exceed RM500 will the Custom Officer stop/block the parcel ?
Sekiranya parcel itu merupakan hadiah daripada kawan di luar negara, mintalah kawan anda mark as 'gift' di consignment note. Namun begitu, pihak kastam masih boleh mengenakan cukai walaupun nilainya berjumlah kurang RM500 bergantung pada budi bicara mereka. Sama seperti jika kita melancong ke luar negara, apabila kita diminta membuka bag bagi tujuan pemeriksaan, brg2 yg dibeli daripada negara luar boleh dikenakan cukai. Nasib2 juga sebenarnya.
ReplyDeletehi there..
ReplyDeletethanks for the info.. really good one... one more thing... what about perfumes..boleh ke di bawa ke sini if we buy in bulk... still 10% ke the tax... tq
Menarik gak info nieh. Membantu pembaca lain.
ReplyDeleteAnonymous > Perfume tak der tax. 8 kotak pon leh masuk cuma wat declare K1 saje.
hye.
ReplyDeletenak tanye?
kalau beli jam tangan, berapa percent tax yg kene?
saya tak berapa pasti ttg jam tangan. Tapi kalau satu dua aje, saya rasa tax free kot. Kalau guna US address dan beli in bulk, biasanya orwarding company tu akan pos brg satu2... untuk elak cukai. Dah sampai semua, baru diorg kirim ke rumah pembeli tu.
ReplyDeletesaya membeli kasut dari korea.sekarang barang saya ditahan di kastam.total harga barang USD 178.08. saya diminta utk ke kastam atau melantik pos malaysia.yang mana yg patut saya pilih?bagaimana nk lepaskan dari cukai?
ReplyDeleteSUrat tu tulis beberapa option utk lepaskan brg kan? Termasuk melantik pos malaysia... dan byr lebih kurg rm50. Kalau kastam dan bukak parcel u, maknanya u kena setel sendiri kat kastam. U tak boleh lepas dari cukai sebab parcel dah ditahan. Tapi boleh mintak pengurangan daripada pegawai yg bertugas.
ReplyDeleteSalam, nak tanya sikit. saya baru baru ni ada order handphone dari luar negara. penjual tanya custom recipt. USD155 tuk 4unit, kalau saya suruh penjual tanda *gift* dan USD40 setiap bungkusan (1 bungkusan 2unit) boleh lepas x? setiap bunkusan berat +- 1.1kg. Thanks. ^^
ReplyDeletewahh....berguna jugak info u ni! actually i kat US..and masih berfikir..macam mana nak bawak balik all my handbags...if naik flight..and all the items masuk dlm luggage..rasa2 kene tax x? i mean..if i tear off the price tag?
ReplyDeleteSkinny Yash, byk ke beg2 you tu? Bestnye...
ReplyDeletekalau beg2 tu bukan baru, dah takde tag, i rasa ok kot.
ha ha ha..beli utk personal terover banyak plak!byk x byk..dlm 3-4 ketul jgk! ;p beli utk business ade la ckit2.. :) so...what do u think..rasa kalau i cabut all the tags..die kene kan tax kat i jugak ke? haishhhh.....
ReplyDeleteDalam kotak ke Yash? Kalau u declare, boleh jadi kena kot? Entah la saya tak berani nak bg komen nih ;)
ReplyDeleteish..xla..i nak humban dlm luggage je...mmg xmo declare pon..budget2 xkena la! he he he..i saw u pon buat online buss ek? hmm..good...dulu i buat jugak..jual baju2 biasa je..but at the end..sendiri pakai..sbb sayang nak jual! ha ha ha....now..sbb dah ter'jobless kan...so..kene la start ckit2... :)
ReplyDeleteberniaga kecil-kecilan aje.... anak ramai, tak dpt nak beriya sgt. :)
ReplyDeleteokla tu..terkejut dgr anak u sedozen! murahnye rezeki... :) Alhamdulillah... anyway, muka xmcm ada anak okay! ;)
ReplyDeletesorry,nak tanya..if sy beli beribu beg replika dr china and hrga cecah USD30000 termasuk shipping cost,10% tu jd USD3000 ke?lg satu,sebab sy beli barang tiruan,parcels tu kena tahan tak?kastam luluskan tak?thanks
ReplyDeleteAnonymous, tentang brg tiruan ditahan atau tak, saya tak pasti pulak....
ReplyDeletethanks reply..jd klau USD30000 termasuk shipping cost,10% tu jd USD3000 ke?
ReplyDeletesalam...
ReplyDeleteNak tanya, handbag saya kena tahan dekat kastam this afternoon. Total all including shipping around USD300. If i lantik wakil poslaju, brp agaknya total saya kena bayar utk semua sekali yer? pls advised sbb sy really2 xtau :((
Sebenarnya surat tu mmg ada tulis pilihan sama ada nak lantik wakil pos atau nak collect sendiri tp yang wakil pos tu mcm dah xwujud aje. So u kena collect kat poslaju lcct sendiri. Biasanya cukai sebanyak 10% drp total harga dan shipping. Kadang2 pegawai tengok harga price tag dgn harga exact shipping. Dia takmo tengok resit atau harga sebenar yg kita byr walau ada diskaun. Tp ada jugak pegawai yg boleh tolak ansur. Pastikan bawa wang extra. Credit card x terima.
ReplyDeletei beli 5 palsu bag dari (chnel, gucci,lv)china , dia orang hantar pakai ems ,skrang kena tahan kat kastam.dalam parcel tak ada price tag, kat invocie ada declare semua bag berapa harganya(around usd 18- usd22) untuk personal pakai sja; nak tanya kalau kastam orang dah buka parcel , berapa tax kena dibayar. adakah kastam akan rampas bag palsu tu?
ReplyDeleteHai anonymous, spt komen sebelumnya, saya tak berapa pasti dgn penahanan beg tiruan dari china. Tapi kalau setakat untuk kegunaan peribadi mungkin boleh lepas. Tapi disebabkan ada 5 beg dlm satu parcel, menjadikan jumlah haega melebihi RM500, oleh itu ia dikenakan cukai.
ReplyDeleteHi dear, thanks for the helpful info! :) Been looking for this!
ReplyDeleteUnfortunately bag saya br je kena tahan last week. But i kat kedah, bag tu kat butterworth so kena guna PosLaju as agen.
I tgk2 blog u ni kan bykkknyee bag u!! So smua2 bag u besides yg kena tahan ni mmg terlepas eh? Ada x bag u yg price kat consignment letter tu above 200USD tp lepas? and personally u rasa bag yg hntr serentak dlm 1 parcel more than 1 bag mmg kena tahan eh? i ada 4 bag lg ni on the waayyy. hopefully laen2 lepas lah kan. impulse betul la nak dekat raya nih XD
Thanks!
Alin, beg2 saya ada yg dibeli kat butik terus, ada jugak yg dibeli online. Ada 3 kali beg saya kena tahan kastam. Yang selebihnya TAX FREE hehehe. Kalau kat consignment note letak harga above USD100, biasanya mmg kena tahan apalagi USD200. Kalau ada time, email saya di lyaaziz@cucimatashop.com kita boleh sembang panjang pasal beg :)
ReplyDeletealamak,kak..saya pun order barang guna paypal dan kena tahan kastam tp masalahnya resit yang dihantar ke email tu dah delete. macam mana eh?saya pun x berapa arif guna paypal. boleh minta paypal resend resit tu tak?
ReplyDeleteTakpe Linda, tak perlu bawak resit pun takpe. Mungkin dalam package ada disertakan resit daripada penjual. Kalau nak cari resit balik, cuba cari di email. Kat ruangan search, type aje 'paypal', nanti semua email dr paypal akan keluar.
ReplyDeleteentri yang sgt menarik! terima kasih. saya nak bertanya. saya mendapat hadiah, berupa dua utas jam tangan. ( ia adalah hadiah, maka tiada tanda harga dan sebagai nya, saya juga tidak membayar apa apa) bagaimanakah saya akan di kena kan cukai?
ReplyDeleteSepatutnya kalau ada tulis 'gift' kat luar pakej, memang tak kena tax. Tapi kadg2 kastam akan bukak dan check jugak isi dalam pakej dan ada jugak org kena tax utk hadiah yang diterima. Selalunya saya beli jam memang kastam bukak tapi diorg seal balik elok2 dan xkena tax.
ReplyDeleteowh macam 2 ea.. tapi tidak tahu la.. pening saya fikirkan...kawan sy dri scotland telah membeli barang dri sana sebagai gift,, barangannya hendfone,laptop,perfume dan money $$us sdikit sbnyak di dalam bukusan itu... selang 3,hari kemudian pihak agent itu telah menelifon dan memberi tahu barangan anda sudah sampai di sabah.. cas cukai yang dikenakan rm2500 saya perlu membayarnya melalui bank in jika bank in dilakukan pihak agent akan menghantar barangan itu ke rumah...sedangkan sy di kelantan... mcm mna nak mempercayai barangan itu akan sapai dirumah sy... tolong bagi pandagan dari anda...
ReplyDeletelany, ini pendapat saya... maaf kalau u terguris ye.
DeleteU kena berhati2 dengan perkara ni sebab kemungkinan ini penipuan online yang dilakukan oleh 'kawan cyber' u yang sebenarnya berpangkalan kat Msia sendiri. Untuk pengetahuan u, setiap barang atau pakej yang ditahan kastam HANYA boleh diambil oleh penerima pakej di: BAHAGIAN TAHANAN KASTAM, PUSAT MEL DAN KURIER, POS MALAYSIA BERHAD, JALAN KLIA S1, 64000 KLIA iaitu di LCCT Sepang. Segala urusan akan dibuat di SANA sahaja, bayar cash di kaunter Pos Malaysia tersebut, berjumpa dengan pegawai kastam sendiri, dan pihak kastam TIDAK PERNAh MELANTIK SEBARANG AGENT bagi menguruskan urusan cukai kastam. RM2500 bukan sikit, dekkkk... kalau kena cukai pun, hanya 10% aje pihak kastam akan caj, takde la sampai beribu2 mcm ni. Sedangkan order handbag beribu2 ringgit pun baru kena cukai beberapa ratus aje. Cuba fikir dek, saper yang nak kasi duit free kat kita melainkan mak bapak kita, suami kita... boyfren pun belum tentu. Jangan dek oiiii jangan layan permintaan2 tu. Kawan u tu penipu, maaf akak cakap. Entah2 mat gagak dek. Pihak kastam akan hantar SURAT rasmi dari jabatan berkaitan yg dihantar Mr Poslaju. Kalau kita tak datang collect, baru diorang akan call dan suruh collect sendiri kat Pos Malaysia LCCT. Kalau tak dapat datang, boleh isi borang yang terdapat pada surat tersebut, mengatakan kita melantik org lain utk collect barang utk kita. Kena bagi photocopy IC kita kepada tukang ambik barang tu. Ingat dek.... jangan bayar. Diorg tipu aje tu. dah byk dah kes yg sama berlaku. Byk dalam paper, dalam berita, adek tak baca ke? Take care ye. Akak ni kasi nasihat sebab concern dan harap2 perkara mcm ni tak berlaku kat saper2 walau adek yg akak tak kenal.
kalau boleh email akak kat lyaaziz@cucimatashop.com
DeleteBoleh akak cerita panjang lagi. akak email adek tak sampai la tadi.
thnx kak.. saya pom sebenarnya terfikir jugak pasal tuh.. banyak dah berlaku kan... betol saya cakap nie saya suke pendapat dan pandangan dari akak.. bende nie baru sahaja berlaku pada saya... jd sy teruus jew cari kat internet untuk mngatahui system penghantaran barang macam mnew fungsinyew.... bila dah baca blog nie terus terpikir apew benda laa yg aq bt nie... nasib baik jew tidak terpengaruh dengan hasutan mcm ni.. rupew2nyew banyak juga syaitan bertopengkan manusia... thnx for all infomation dri akak..thnx
Deleteok akak... nnt saya email pada akak..
DeleteAssalammualaikum Kak Lyza..sy nak bertanya..saya nak cuba beli sepasang jacket kat aliexpress, tapi saya masih ragu2..bila beli kat aliexpress.com, confirm ke jacket tu akan sampai ke alamat rumah kita melalui EMS? dan Pos office mana satu perlu saya pergi utk ambil jacket tu? atau ia akan di hantar terus ke alamat rumah saya? dan kalau sy beli 2 jacket pada hari yang berlainan, jacket tu akan di bungkus asing2 ke kak? (untuk mengelakkan cukai sebenarnya..) harga jacket tu dalam currency malaysia is RM54 sepasang dan free shipping by EMS..perlu ke saya bayar cukai 10% kak lyza? Sorry sangat2 kak, terlalu banyak soalan..kerna saya masih baru dalam membeli barang dari oversea..
ReplyDeleteVery good entry lah..sy bru pesan dr kwn dlm 6 beg coach which cost me about 3k++..agaknya klu sy suruh dia pos 1 satu brrbaloi tak & kena tax tak agaknya?mcm i duduk d kedah.so adakah nnti kena ambil d LCCT jg atau boleh amik dr kastam terdekat mcm kt penang ke?
ReplyDeletekalau pos satu2 dan mark item as gift xkena tax la kot. tapi sama ada collect kat lcct atau boleh di penang saya xpasti. yg tu kena minta penjelasan dr pihak kastam :)
ReplyDeletenak tanya la kak. sy ada membeli jam tangan melalui online di luar negara. satu harga jam tangan campur penghantaran bawah rm500. sebab sy nk beli 2 utas jam tangan jadi harganya melebihi la rm500. pada pandangan akak, lebih baik saya beli kedua-duanya secara berasingan atau kedua-duanya sekali dengan satu pos? (kos penghantaran murah sikit sbb beli sekali)
ReplyDeletekalau saya la... saya combine ke dua2nya.
ReplyDeleteSalam Kak,
ReplyDeleteSaya baru nak start kecil-kecilan jual handbag. Nak tanya, biasanya berapa bilangan beg akak order utk dijual kalau order handbags tersebut dari US? Atau adakah akak ikut jumlah harga beg2 tersebut?
Saya risau terkena tax kalau beli banyak tapi kalau beli sikit2 (cthnya 2-3) terasa rugi pula dari segi kos penghantaran. Terima kasih.
wsalam. Biasanya saya beli satu2 aje. jarang combine dalam 1 parcel. Itupun 1 beg boleh kena tahan kalau harga lebih RM500. Bergantung pada berapa value yg seller letak kat luar kotak.
ReplyDeletesalam, boleh saya tanya sikit... semalam barang berupa sebuah playbook bb sebagai hadiah besday, sebuah henpon, sebuah begpek nike dan beberapa langsir untuk mak saya sampai di malaysia dari US... dipos oleh adik saya yang belajar di sana... tapi kena sekat di LCCT air asia... mereka kol untuk dtang... adakah cukai akan dikenakan... jumlah barang yang dibeli kurang dari USD 500... saya risau perlu membayar cukai yang mahal kerana kami bukan orang berduit... tujuan adik saya pos barang-barang tu pun untuk beri pada mak saya... bukan nak berniaga pun... cm ne ye? thank you
ReplyDeleteWsalam. Memang kena berurusan dgn pegawai kastam kat lcct sbb brg dah kena tahan. Mohon budi bicara pegawai, mungkin boleh dpt kurangkan tax. Terlalu byk brg dalam satu pakej, sebab tu kena tax.
ReplyDeleteoh i c... tengkiu ^_^
ReplyDeletebyk sgt info berguna saya dapat hari ni.. thanx so much sbb wujudkan entry ni.. ;) actually saya concern ttg handbags2 yg saya nk bwa balik ke msia nanti.. ada yg utk bisnes n ada yg utk pkai sendiri.. lepas go thru ur blog saya baru tau yang for hbags kena charge 10%.. maksud 10% is for d total cost of handbags bila dh diconvertkan ke rm ye.. and utk pemeriksaan kastam they all will select randomly ke semua luggage mesti akan dibuka? pls advise sbb saya mmg takde experience dlm bab2 kastam ni.. thanx in advance.. ;)
ReplyDeleteSalina, ye betul. Tetapi entry ni tahun 2009 punya. Harap-harap tax tak naik lagi. Sebab dah lama tak berurusan dengan kastam.
DeleteMasa u nak claim VAT kat airport, u kena bawak semua barang belian (sebaiknya letak dalam satu luggage). As long as the luggage is with you, u tunjuk je luggage kat kaunter tu, diorang takkan check satu persatu. Tapi kalau u dah check in luggage, u tak boleh claim VAT.
Untuk kastam Malaysia pulak, kalau u jalan dlm grup, u jalan menonong ajelah masa lalu green lane tu hehehehhe. Biasanya saya ikut green lane (nothing to declare lane) sebab brg yg patut kena declare pun kalau diikutkan ialah brg2 macam tumbuhan dsb (u boleh cheak kat form yg kena isi tu). Jadi setakat handbags, mmg takde apa nak declarelah kot hehehhehe. Tapi kalau u jalan seorang, luggage pulak ada 10, silap2 u kena tahan agaknya. :)
saya ada sedikit pengalaman dengan pihak kastam baru2 ini. sebelum ini pernah beberapa kali membeli handbag dari luar (USA dan Europe) melalui EMS. dan nilai nya tak ingat pasal dah banyak sangat. semuanya tidak menghadapi kesukaran pelepasan dan terus dihantar ke rumah. dan baru2 ini ada membeli barang2 basikal (total amount hampir USD3k). tapi parcel saya ditahan pihak kastam kerana hanya sebiji helmet. mula2 agak risau juga. yelah kalau 10% drpd total amount dekat rm1k juga nak sedekah kat kastam tu. jadi dari jumlah harga barang saya perlu bayar 49.92 (10% atas harga helemt berkenaan). kesimpulan yg saya boleh buat, saya sendiri pun xtau mcm mana diorang kira tax. samada mengikut klasifikasi barang ataupun total harga barang. jadi nasihat saya banyakkan berdoa je.
ReplyDeleteBetul. Kdg2 mmg ikut nasib masing2. Tapi nanti boleh dptkan nasihat dr pegawai kastam sendiri. Mereka akan bagi tips bgmana mengelak cukai, seperti yg kakak saya buat baru2 ini.
DeleteThanks for your info.td i ada hntr 3 handbag dr US dlm satu parcel as a gift.salahnye i dkt custom form US i perg declare usd700.bila baca u punye entry adohai i risau mesti kena tax.
ReplyDeleteThanks for your info.td i ada hntr 3 handbag dr US dlm satu parcel as a gift.salahnye i dkt custom form US i perg declare usd700.bila baca u punye entry adohai i risau mesti kena tax.
ReplyDeleteNk tanye ckit ni kak. Camane lak kalu saya beli helmet dr belanda melalui ebay? Harga helmet+pos=rm666. Perlukah saya apply permit untuk tebus brg tu sekiranya brg tu kena tahan dgn kastam. TQ in advance
ReplyDeleteSaya tak pernah beli helmet melalui online. Tp pernah bawa masuk helmet Arai dari singapore menggunakan kereta. Seller helmet pesan supaya sorokkan helmet tu sebab pihak kastam akan tahan kalau diorg nampak.
Deletesalam kak..saya tgk akak ada jual telekung drpd indonesia, kena bayar tax juga ke untuk telekung tu? berapa percent?
ReplyDeleteWsalam. Telekung tu saya beli dr kedai di bandung. Bukan online. Kastam LCCT tak tahan :)
Deletesalam kak tumpang tanye..saya baru nak berjinak2 dengan beli barang dr uk..saya nak tanya kalau perfume yang hantar ke malaysia agak2 cukai nye cane pulak ye?huhhuhu..tq..:)
ReplyDeleteWsalam. Sebenarnya saya xde pengalaman beli perfume dan kena tax. U kena berhubung sendiri dgn pihak kastam utk penjelasan. :)
DeleteSalam kak, kat mana ye Alamat Tempat Pusat ambil barang tu sebab saya akan kesana , cuma tak xtau kat mana tempat tu.
ReplyDeleteWsalam. Tempat dia di LCCT. Terminal Air Asia tu. Nanti nampak bangunan Pos Malaysia kat sebelah kanan. Dalam tu la kastam.
DeleteHye. Nak tanye. Saya ada beli phone stickers je. Dlm 20keping je. Yang ne pun kena tax juga ka? Harap akak reply ya.
ReplyDeleteHai Zaty. Kalau kastam tahan, mmg tak patut :D. Itu insyaAllah lepas tu.
Deleteterima kasih kongsi pengalaman.
ReplyDeletesaya ada beli jeans online juga, guna freight forwarder HopShopGo.
kalau kita hantar ke m'sia dari sana dalam sela masa yg berlainan (selang 2-3 hari) tapi sampai serentak mcm mana pula ye.. dikira sekali ke.
Salam, kak. Saya tertarik dengan info kak. Saya berniat mencuba berniaga barang2 dari china. Contoh anti slip mat yg letak dlm kereta tu. Contoh harga barang USD 40 + Shipping by EMS USD 20 (Total: USD 60)anggaran berat parcel 1kg...kalau boleh saya nak brg2 tersebut dihantar ke lokasi kediaman saya (Pahang)... adakah cara menggunakan ejen Pos Malaysia sesuai digunakan? Jika nak ambil sendiri, kos akan jadi mahal sbb jauh dan tdk berbaloi. Mohon pandangan kak.
ReplyDeleteT.Kasih
Wsalam Ahmad Fadzil.. terima kasih sebab sudi baca blog akak. Tu la.. bab minta pos malaysia jadi ejen tu saya tak pasti. Tapi kalau kotak kecik dan nilai kurang USD100 mungkin takde masalah nak lepas kastam.
Deletesy selalu guna city-link dan skynet utk brg dr china. tp btter skynet sbb charge siap tax. so mungkin takde mslh kastam. brg akan dihantar terus ke rumah. ambil masa dlm 4-5 hari biasanya China-Malaysia.
DeleteSalam kak, nak tanya, saya ada beli album & poster dari korea dalam 30usd. tapi guna shipping paling murah. Barang tu dia hantar rumah ke cane ek?
ReplyDeleteTakde masalah kot. Tunggu je la mungkin agak lambat sampai.
ReplyDeleteGembiranye saye dapat came across blog akak ni. sangat membantu. dari semalam saya dok googling around cari info pasal belian luar negara and kastam.
ReplyDeletepengalaman saya membeli barang dari US dulu first time beli barang murah je. tak sampai RM50. barang selamat sampai ke rumah dalam 10 hari lepas order. Alhamdulillah. barang kecik, murah lak tu. packaging pun ciput je.
baru2 ni saya order 3 diaper bag untuk gunaan sendiri dan juga untuk jual kecil-kecilan among friends je. Jumlah semua termasuk shipping lebih kurang RM900. ada berkemungkinan akan kena tax around RM100 kalau calculation saya betul?
saya baca dalam website kastam (sangat tak mesra pengguna-puas mencari info dalam tu) yang mengatakan kene byr tax juga kena mohon permit.permit tu untuk apa pulak? sepanjang comment2 yang saya baca kat atas ni tak ade pun mention pasal permit.
mohon pencerahan dari akak sangat-sangat
terima kasih di atas perkongsian ilmu ni :)
Sama2. Agaknya permit tu utk pemborong kot. Setakat ni kalau jual kecil2an xde pulak nak apply permit. Mcm org bwk masuk pakai kontena agaknya, mmg la kena apply permit :)
ReplyDeleteKak... Tips utk lari cukai plz.....!!! Nak berniaga perfume la Kak...
ReplyDeleteHehhe komen terbaik setakat ini. Sangat jujur...
DeleteKalau xmokena tax terpaksa la bwk masuk perfume sikit2. Tapi item cecair setau saya tak dibenarkan melainkan u minta seller declare barang sebagai brg lain yg bukan cecair. Jgn beli byk sangat sbb kalau kotak besar confirm kastam bukak.
akak saya kembali nak bertanya.hihi..brg saya dah sampai klia dan dh pun dpt surat cinta kastam tu. katelah parcel saya xtak dibuka dan saya nak buat cara mudah fax surat tu, bila nye yang nak bayar rm48.90 tu ye? masa nak claim parcel di pejabat post terdekat ke? tax pun byr di pejabat pos jugak ye?
ReplyDeleteHi Didie.. kalau kena tahan tu maknanya kastam dah bukak tu..... perkiraan dan pembayaran akan dibuat kat pejabat kastam. Kena ambil kat sana.
Deletesy pun selalu import barang sbb berniaga online. setakat ni tak pernah kena thn kastam. tp haritu parcel mcm dah dibuka. agaknya kastam curi2 tgk kot betul ke details brg sama dgn brg dalam parcel tu. hee
ReplyDeleteHai Sheera. Ooowh kastam yg bukak tu. Tp sbb dia tengok xperlu kena cukai, dia seal la balik :)
DeleteMungkin jugak kan Sheera...
DeleteAssalam, sy ade beli handbags kat US..ada yg personel & order dr kwn2 kt Msia...tgh2 dok pikir nak plan bawak masuk bersama2 luggage bln 5 ni dan rase x mau declare kot(total kat 15 biji), mintak nasihat cara terbaik.
ReplyDeletebeli barang dari jepun, packing as a gift.. tapi sangkut kat depo pos/kastam KLIA :(
ReplyDeletekena surat dari MITI or sirim baru bleh lepas then bayar cukai :(
Salam. Saya baru beli cincin handmade dr etsy.. Hrga brg usd158.. Postage usps express usd51. Kemungkinan besar kena tax la yer? Etsy x benarkn declare hrga rendah dr hrga sebenar, msti kna declare hrga sebenar. Sya igt rm500 tu x trmsuk shipping.. Kli msuk shipping mmg lbih la rm500. Klu brg hndmade utk personal use pon kna tax 10% jugak ke?
ReplyDeleteSebenarnya saya xde pengalaman mcm tu. Jadi saya xdpt nak tolong jawabkan... mungkin awak boleh call kastam sendiri.
DeleteSalam, sy beli barang dari vietnam. penjual di vietnam guna fedex. memang cepatla sampai m'sia. tapi sekarang baju ada dekat kastam. saya call kastam die kate nak check 100%. die kate lagi mungkin kene tax atau tidak. berdebar ni..barang saya rm700 jer. rasenye brape kalau saya kene.
ReplyDeleteWsalam eITA, setahu saya baju 20% dari harga barang dan shipping. Kalau total yg eITA bayar lebih kurang RM700, mungkin tax dlm RM150 je.
Deletehai nak tanya sikit la,saya baru2 ni ada beli handphone dari canada,ianya dihantar dalam bungkusan kecil dan ditanda sebagai 'gift' dengan nilai usd 80.masaalah nya sampai sekarang barang saya tu tak sampai2 lagi.seller tu pulak tak der tracking number untuk bungkusan saya tu.macam mana kalau saya nak check samaada barang saya tu dalam tahanan kastam atau tidak?macam yang you cakap kastam akan hantar surat memberitahu barang kita telah ditahan,dan kita perlu tandatangan sendiri surat tu,masaalahnya waktu bekerja takde sape kat rumah,saya pun takde dapat apa2 surat dari pejabat pos/kastam pun setakat ni.tak boleh check online ke status barang kita tu?
ReplyDeleteBiasanya kalau takde tracking, seller gunakan Khidmat pos yg paling ekonomi. Sebab tu ambil masa lama utk sampai msia. Mmg takde cara nak tracking parcel melainkan ada tracking number. Tak mungkin dah ditahan kastam sbb kastam tak tahan barg lama2. Saudara tunggu aje.. kalau dah lebih 2.5bulan, contact seller balik.
ReplyDelete