Kebelakangan ni banyak email yang saya terima meminta pendapat tentang tracking info yang mereka terima. Saya diminta check sama ada tracking yang diberi kepada mereka genuine atau palsu. Pelik. Memang pelik. Ada tracking palsu? Macam mana?
Rupa-rupanya penghantar email sedang menunggu parcel daripada 'kawan cyber'. Tracking number telah diberi. Website courier company pun dah diberi. Tapi nama syarikat courier bagai tak pernah didengar. Dan confirm, setelah mendapatkan maklumat terperinci, penghantar email sebenarnya telah terlibat dalam penipuan internet. Dijanjikan kawan cyber dengan hadiah2 mewah, kononnya dalam parcel ada laptop, handphone, emas, perfume malah wang tunai beribu2 dolar atau pound. Kononnya apabila parcel sampai ke Malaysia, disebabkan terdapat wang tunai dalam parcel, penerima perlu membayar sejumlah cukai kastam bagi melepaskan parcel yang ditahan. Cara pembayaran ialah secara BANK IN ke dalam akaun peribadi ajen. Jumlah yang diminta bukan sedikit, ada RM2,500, ada RM10,000 jugak. Kalau dikira2, bayar Rm2,500 dapat balik cash yg terdapat dalam parcel sebanyak GBP5,000. Lepas convert jadi lebih RM25,000. Berbaloi! Tetapi, itu kalau betul ada wang. Kalau cuma ada kertas suratkhabar? Setokin buruk? Boleh gadai ke? Satu peraturan yang ditetapkan oleh syarikat penghantar tersebut: Kalau barang dihantar ke rumah penerima selepas pembayaran dibuat, parcel tidak boleh dibuka di hadapan penghantar. Orang tu dah balik baru boleh bukak. Sedangkan, peraturan sebenar syarikat penghantaran ialah: membuka dan memeriksa isi kandungan parcel di hadapan penghantar sebelum menandatangani bukti penerimaan parcel bagi memastikan isi yg diterima dalam keadaan baik dan mencukupi.
Di sini saya ingin berkongsi. Mula-mula nak share tentang international post. Kalau kita beli barang dari luar negara, mintalah penjual menggunakan perkhidmatan national post. Lagipun national post lebih murah berbanding syarikat kurier swasta. Mengikut pengalaman saya, setiap pembelian yang saya buat (biasanya daripada USA, UK atau Italy) hanya menggunakan national post, bukan kurier swasta.
 |
| UNITED KINGDOM |
 |
| USPS : Amerika Syarikat |
 |
| POS MALAYSIA |
 |
| POSLAJU |
Kalau dari China biasanya mereka gunakan
EMS
Kalau dari Hong Kong, mereka gunakan Hong Kong Post.
Oleh itu, yg pertama, pastikan penjual menggunakan national post.
Kemudian, minta penjual menggunakan servis pos yang mempunyai tracking info. Ada nombor tracking. Contoh: Saya beli beg dari hgbagsonline.com. Postage menggunakan USPS.com dan trackingnya ialah EC691803624US. Selepas parcel saya disahkan telah dipos, saya ke www.usps.com dan track item saya.
Dan hasilnya:
Dan bisanya kalau item belum sampai Malaysia, mesej macam ni mungkin keluar:
Bagi mengelak sebarang masalah, elakkan menggunakan khidmat pos murah tanpa tracking info. Kalau barang hilang memang susah nak track. Kadang2 penjual juga akan menipu. Disebabkan parcel tu takde tracking info, penjual boleh menipu dengan mengatakan barang dah pos dan tiada tracking info. Bila barang tak sampai, penjual kata pakej hilang tengah jalan. Kalau nak lagi selamat, minta penjual insuranskan pakej tersebut. Namun begitu, pakej berinsurans perlu diambil sendiri di kaunter Pos Malaysia yg ditetapkan. Ia takkan sampai depan rumah. :)
Pendek kata, ambil langkah yang perlu bagi mengelak sebarang kesulitan. Jangan bersikap terlalu kedekut untuk berjimat beberapa dolar. Apa yang penting, barang yang diorder sampai di tangan dengan selamat.
Selain daripada itu, kita sepatutnya tahu bahawa terdapat beberapa barang yang tidak dibenarkan dihantar melalui pos. Contoh; WANG TUNAI, PERFUME atau sebarang jenis cecair dan jewelleries. Oleh itu, jika kawan cyber menjanjikan wang tunai dikirim melalui pos, minyak wangi, emas, dan brg2 ini diisytihar (declare) secara terang-terangan kepada syarikat post, ia mungkin satu penipuan. Si penghantar menipu, dan website utk track pakej tu pun website tipu.
Contoh:
Kawan cyber janjikan parcel utk anda. Dia bagi tracking info. Dia juga bagi website syarikat kurier swasta yg jarang didengar. Lepas tu anda pun track parcel anda menggunakan nombor tracking dan website yg diberikan. Pastu keluar ini:
Jelas sekali dalam parcel ada perfume, emas, dan wang GBP5000. Barang2 yang dilarang dihantar melalui pos. Kemudian, lihat DESTINATION SERVICE AREA: katanya 'HOLD BY K.I.L.A. (yg sepatutnya KLIA), Reason: Currency Inside.
Untuk pengetahuan, wang tunai tidak boleh dihantar melalui pos. IA MENYALAHI UNDANG-UNDANG. Pengiriman wang boleh dilakukan melalui Paypal, atau Western Union atau beberapa cara lain kecuali pos. Dan setiap pengiriman tersebut ada charge yang telah ditetapkan. Jadi, kalau kawan cyber yg sangat murah hati nak bagi duit macam ni, HATI-HATI!!! Kawan anda yg mat saleh hensem tu mungkin berpangkalan di mana-mana apartment di sekitar Lembah Klang, berkulit gelap dan berasal dari Afrika. Dan kawan 'gelap' tersebut sedang memandu kereta mewah, hidup mewah, makan mewah, hasil penipuannya selama ni.
Jaga diri. Semoga kita tidak terlibat dalam penipuan seperti ini. Ingatkan kawan2 kita dan saudara2 kita. Laporkan kepada polis kalau perkara ini berlaku kepada anda.
Sekian.
It's All About Handbags.....